p/s : sekadar perkongsian picisan untuk rujukan sahabat-sahabat lain. Sebarang persamaan nama penceramah, tajuk seminar, jawatan dan lain-lain tidak ada kaitan dengan mana-mana individu. Jika ada, ianya kebetulan dan takdir semata.
TEKS UCAPAN
PENGERUSI MAJLIS
“SEMINAR MENJADI
MUSLIMAH HEBAT IQ, EQ DAN SQ
DARI KACA MATA ISLAM”
Bismillahirrahmanirrahim.
Mengumumkan
ketibaan Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Senator Datuk Seri dengan diiringi dif-dif kehormat untuk
masuk ke dalam dewan.
Hadirat mohon
berdiri.
Majlis diteruskan
lagi dengan nyanyian lagu Negaraku beserta alunan bacaan Asmaul Husna.
Hadirat
dipersilakan duduk.
Melayang serindit di
atas permatang,
Merbah berkicau di
hujung muara,
Pemanis kata selamat
datang,
Awal Bismillah
pembuka bicara.
Majlis
mengalu-alukan ketibaan,
·
Yang Berhormat Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri A, Yang Dihormati Pengarah
Pembangunan Insan, Jabatan Kemajuan Islam Selangor (JAKIM), Puan, Yang Dihormati Setiausaha
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Puan C, Yang Dihormati
Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS), Puan Hajjah , Yang Berbahagia
Dato’ Ustazah F, Yang Dihormati Profesor
Madya Dr D, Yang Dihormati
Timbalan Rektor ................., Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS),Dr. G, Yang Dihormati Penolong
Ketua Seksyen Hal Ehwal Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS), Puan J, Yang Diraikan,
pensyarah, kakitangan KUIS, barisan Majlis Perwakilan Pelajar, puan-puan,
mahasiswi seterusnya hadirat sekalian.
Merah menyala si bunga raya,
Biarkan ia mekar di sana,
Izinkan saya mula bicara,
Agar manfaat diperoleh bersama.
Biarkan ia mekar di sana,
Izinkan saya mula bicara,
Agar manfaat diperoleh bersama.
Rabbishrohlisodri
wa yassirli amri wahlul uqdatamillisani yafqahu qauli.
Assalamualaikum
warahmatullahi wa Baraka tuh
Hadirat yang
dikasihi Allah sekalian
Sabda
Rasulullah sallahu alaihi wasallam : Maksudnya : “Apabila kamu
melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka
hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya:
Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: majlis-majlis ilmu.” (Hadis
riwayat at-Tirmizi).
Hadirat sekalian.
Bersyukur kita ke
hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam seminar
“Menjadi Muslimah Hebat IQ, EQ dan SQ Dari Kaca Mata Islam ”. Untuk pengetahuan
hadirat, objektif seminar ini diadakan adalah untuk memberi maklumat serta tips
menjadi muslimah hebat pelbagai aspek di samping mendengar sendiri pengalaman
berharga daripada para pembentang. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada para peserta mengenai masalah sosial yang kian tenat
saban hari.
Bagi memberkati
lagi majlis ini, marilah kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
diketuai oleh Saudari ....
Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Amin Amin Ya
Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudari ..... di atas bacaan doa penuh syahdu itu tadi.
Tanpa melengahkan
masa lagi, majlis menjemput wakil penganjur seminar kali ini, Yang Dihormati
Penolong, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor, Puan ..... bagi menyampaikan sepatah dua kata.
Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan
Terima kasih
kepada Yang Dihormati Penolong Ketua ........, Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor, Puan ... atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.
Kini,tibalah
masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan perasmian bagi seminar “ Menjadi
Muslimah Hebat, IQ,EQ dan SQ Dari Kaca Mata Islam” yang akan disampaikan oleh
Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator
Datuk Seri A.
Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.
Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri A di atas
ucapan perasmian yang disampaikan sebentar tadi.
Hadirat sekalian,
Tak kenal maka
tak cinta. Sebelum menjemput penceramah pertama, moleklah kita berkenal-kenalan
dahulu dengan wanita berjiwa besar ini.
[Biodata penceramah 1]
Merupakan seorang isteri,
ibu, doktor, pendidik dan penulis. Wanita yang berasal dari .................r ini, juga turut aktif melibatkan
diri dalam program-program kemasyarakatan khususnya mengenai
kesihatan,remaja,wanita dan keluarga. Berbekalkan semangat dan azam yang
membara, setelah berjaya memperoleh Ijazah Doktor dari ................, beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang
Kepakaran ................ Setelah itu, .
Berpengalaman sebagai
............... beliau kemudiannya bertugas sebagai ................. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia
hanya Tuhan yang tahu. Tidak lama selepas itu, beliau ditawarkan jawatan yang
sama di salah satu ........... Beberapa tahun
kemudian, beliau dilantik sebagai ............
Ibu kepada empat orang
cahaya mata ini juga pernah menjadi tetamu jemputan rancangan Malaysia Hari
Ini, Wanita Hari Ini, (WHI), Al-Kuliyyah dan Al-Hidayah di TV3, Keluarga di 9,
Nasi Lemak Kopi O, Halaqah di TV9 serta Selamat Pagi Malaysia dan Fast Forward
menerusi RTM. Beliau juga merupakan panel berkala Wanita Hari Ini di radio
IKIM, motivator di radio KL.fm dan kolumnis beberapa majalah tempatan.
Beliau yang gemar melakukan
aktiviti sukarelawan dan terjun membantu masyarakat turut dikenali dengan
program.................. Oleh itu tidak hairanlah beliau dinobatkan sebagai
penerima Anugerah Saidatina Khadijah pada .......................... sebagai mengiktiraf segala usaha dan jasa beliau membantu masyarakat.
Dengan ini majlis menjemput Yang
Dihormati Profesor Madya Dr sebagai penceramah pertama bagi
seminar “Menjadi Muslimah Hebat IQ, EQ dan SQ Dari Kaca Mata Islam”.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan
kepada Yang Dihormati Profesor Madya Dr atas pembentangan
yang sungguh bertenaga tadi. Banyak input-input baru yang boleh diaplikasikan
dalam kehidupan seharian.
Hadirat sekalian.
Secangkir teh pengubat
letih. Dengan ini majlis akan berhenti berehat seketika untuk memberi laluan
kepada sesi minum pagi. Diharap hadirat dapat memenuhi dewan ini sebelum jam
11.30 pagi.
Dijemput Yang
Berhormat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk
Seri dan dif-dif kehormat menjamu selera di bilik
santapan BT.
Majlis diteruskan lagi
dengan penceramah kedua.
[Biodata penceramah ke-2]
Dilahirkan pada tahun ........ di ...... dan mendapat pendidikan awal di ..............., Kedah.Melanjutkan pendidikan di
Universiti ............... dalam jurusan ..................
Memulakan karier sebagai seorang pendakwah yang berkebolehan. Berbekalkan ilmu,
pengalaman serta teknik penyampaian yang berkesan, merupakan aset utama beliau
dikenali ramai dalam kalangan masyarakat. Beliau sangat komited terhadap bidang
pendakwahan secara profesional. Sering muncul dalam program televisyen, radio,
majalah, akhbar dan menjadi duta pelbagai produk. Malah, suami beliau iaitu
Ustaz W juga merupakan seorang penceramah agama dikenali ramai dan
sering muncul di program televisyen dan majalah. Rancangan televisyen ..............., gandingan beliau dan suami mendapat sambutan hangat daripada penonton.
Sentiasa mendapat undangan ceramah,
membentang kertas kerja dan seminar .............. Beliau juga merupakan kolumnis di Majalah ...... dan lain-lain lagi. Telah menghasilkan 40 album pelbagai
tajuk ceramah agama, motivasi dan tips dalam bentuk VCD, CD dan kaset. Beliau
juga mengarang 8 buah buku yang cukup bernilai.
Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dato’
Ustazah untuk menyampaikan ceramah beliau.
Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Ustazah di atas penyampaian yang cukup menarik sebentar tadi. Diharap ilmu
serta tips yang dikongsi tadi dijadikan panduan hadirat sekalian.
Sampan kolek dari Pahang,
Biduk lalu sampai muara,
Segala juadah sudah terhidang,
Tibalah masa menjamu selera.
Majlis berhenti rehat seketika untuk
memberi ruang kepada jamuan tengah hari dan solat zohor. Majlis akan bersambung
semula pada jam 2.00 petang dengan sesi soal jawab diikuti sesi sembang santai
bersama selebriti terkenal, WS.
Majlis ditangguhkan dengan Tasbih Kafarah
dan surah Al-Asr.
Dijemput Yang
Berhormat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk
Seri A dan dif-dif kehormat diiringi hadirat sekalian untuk
menikmati jamuan tengah hari yang telah disediakan.
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
assalam. ukhti, ana menggunakan sedikit sebanyak contoh idea teks ukhti sebagai rujukan untuk majlis ana. :) jzkk
ReplyDeleteassalam. ukhti, ana menggunakan sedikit sebanyak contoh idea teks ukhti sebagai rujukan untuk majlis ana. :) jzkk
ReplyDeleteassalamualaikum, kami akan menganjur satu sesi ceramah. justeru itu, mohon izin saudari untuk kami gunakan secebis idea bagi mengimarahkan majlis kami . semoga rezeki dan pahala berpanjangan buat saudari insyaallah. halalkan ye. ilmu wajar dikongsi. seikhlasnya izwani nasuha & zulaika dari Banting
ReplyDeleteassalamualaikum.maaf admin..saya menggunakan ayat admin untuk sebuah program..mohon jasa baik admin halalkan ya :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Mohon izin untuk menggunakan secebis idea dari teks ini untuk mengacarakan sebuah program. terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum. izinkan saya jadikan teks ini digunakan untuk program yang akan jalankan. terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum..terima kasih atas perkongsian yang baik ini..Mohon halalkan ya,saya ingin menggunakan teks ini di dalam majlis ceramah saya. Terima KAsih
ReplyDeleteAssalamualaikum..izinkan saya menggunakan teks ini untuk program yang akan saya jalankan. terima kasih
ReplyDeletesalam, minta izin guna teks untuk program saya, terima kasih.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesaya minta izin kongsi artikel ea
Sungguh menarik perkongsian saudari. Mohon halalkan utk kegunaan akan datang ye. Semoga Allah permudahkan urusan dan melimpahkan rezeki buat saudari. Jkk 😊
ReplyDeleteSungguh menarik perkongsian saudari. Mohon halalkan utk kegunaan akan datang ye. Semoga Allah permudahkan urusan dan melimpahkan rezeki buat saudari. Jkk 😊
ReplyDeletesalam
ReplyDeletemohon izin dan halalkan untuk kegunaan sebentar lagi.
Jzzk
Assalamualaikum pn.. minta izin gunakan skrip pn ye.. tq
ReplyDeleteAssalamualaikum pn.. minta izin gunakan skrip pn ye.. tq
ReplyDeleteassalamualaikum. minta izin gunakan skrip ni ya. terima kasih
ReplyDeleteSalam..sy mnta izin ambil sedikit contoh dan rujukan untuk majlis fiqh wanita di pejabat kami..terima kasih puan
ReplyDelete