Saturday 28 January 2012

Perisian

Definisi 1
Sekumpulan arahan untuk mengawal, mengurus dan menyokong aktiviti dan sistem komputer
 
Definisi 2
Arahan-arahan yang lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.

Jenis-Jenis Perisian:


  • Perisian Komputer  
  • Perisian Pengaturcaraan   
  • Perisian Penggunaan


  1. Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.
  2. Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain.
  3. Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.



Definisi CD


Cakera padat (compact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta perakaman berbilang kali . CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini .


Sejarah CD


Cakera padat tiba di pasaran Asia pada lewat tahun 1982, dan pada awal tahun yang berikut di Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran yang lain. Cakera-cakera padat pertama yang dijual merupakan 16 buah judul buatan Jepun daripada CBS/Sony. 
 
       Cakera padat pada asalnya dianggap sebagai suatu evolusi piring hitam, dan bukan terutamanya sebagai suatu media storan data.
       Dari asalnya sebagai salah satu format muzik, cakera padat telah bertumbuh untuk merangkumi penggunaan yang lain. Sony dan Philips memperkenalkan CD-ROM (ingatan baca sahaja) pada bulan Jun 1985 dan CD-R (CD boleh rakam) pada tahun 1990.


Perincian Fizikal

 Cakera pada diperbuat daripada plastik polikarbonat setebal 1.2 mm yang telah dilapisi dengan lapisan aluminium amat tulin yang sangat nipis yang dilindung oleh lapisan lacquer. Lacquer boleh dicetak dengan label. Kaedah cetakan biasa bagi cakera adalah skrinsutera dan cetakan offset.  

Terdapat lubang sebesar 15mm di tengah-tengah cakera, yang biasanya akan digunakan oleh sejenis pengapit atau pemegang cakera yang terdapat di dalam pemain cekara untuk memegang cakera ditempatnya dan membolehkan cakera tersebut diputar oleh motor. Diameter lubah tersebut adalah lebih kurang sama dengan ukuran duit syiling 10 sen Belanda. Para jurutera Philips pada masa itu menggunakan syiling tersebut untuk menentukan saiz lubang itu, dan syiling muat ke dalam lubang cakera dengan tepat sekali.

Sejarah DVD



Pada tahun 1993, dua piawaian storan optik kemampatan tinggi sedang dikembangkan; salah satunya ialah MultiMedia Compact Disc dan Super Density disc.

Presiden IBM, Lou Gerstner  telah memimpin satu usaha untuk menyatukan kedua-dua paksi tersebut lalu membentuk satu piawaian tunggal, kerana khuatir akan berulangnya perang format pita video antara VHS dan Betamax yang banyak menelan wang pada 1980-an. "DVD" mula-mulanya digunakan sebagai singkatan bagi istilah tidak rasmi digital videodisk. Pada tahun 1995, dilaporkan pada masa spesifikasi dimuktamadkan, bahawa huruf-huruf tersebut secara rasminya adalah singkatan untuk digital versatile disc ("cakera serba guna digital", kerana mengambil kira aplikasi selain video), namun, pihak media  mengumumkan penetapan spesifikasi dengan memanggil teknologi itu sebagai "DVD“.



Di laman web Forum DVD ada satu bahagian bertajuk "DVD Primer" di mana jawapan kepada soalan "Apakah erti DVD?" adalah seperti berikut: "Kata kuncinya ialah 'versatil.' Cakera serba guna digital memberikan storan dan capaian video, audio dan data yang sangat hebat , segalanya dalam sekeping cakera." 

Perisian CD/DVD dalam Pengajian Islam

Maktabah Syamilah adalah sebuah program yang berisikan berbagai buku-buku (kitab-kitab) keIslaman dari berbagai ulama dari berbagai zaman. Program ini mencakup ribuan kitab ulama dalam satu keping DVD, seandainya dalam bentuk kitab kertas, pastinya akan memenuhi ruangan perpustakaan, lemari dan rak buku.
Ada lebih dari 6.688  judul buku/kitab dengan lebih dari 20.000 jilid buku/kitab terkandung di dalam program Maktabah Syamilah ini. InsyaaAllah sangat bermanfaat untuk Anda miliki.





KELEBIHAN CD DAN DVD

               
          1.Mudah mencari maklumat
          2.Mudah menyimpan data
          3.Mudah dibawa
          4.Mudah didapati
          5.Menjimatkan masa
          6.Mudah untuk dikongsi
          7.Harga berpatutan
          KEBURUKAN CD DAN DVD
          1.Mudah calar
          2.Mudah rosak
          3.Mudah dicetak rompak
          4.Mudah disalahguna
PERISIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
Merujuk kepada sejarah Islam, teknologi bukanlah sesuatu yang asing. Ia adalah satu proses yang berterusan, berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Islam tidak pernah menghalang serta mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Maka oleh itu hukum asal sesuatu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban samada lama atau baru. Tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas dan dalil yang terang serta jelas menyatakan sesuatu itu haram, ini menunjukan Islam agama yang sesuai dengan perubahan zaman dan menuntut agar umatnya selalu maju dalam peradaban.
       Islam juga merupakan satu agama yang amat menitikberatkan soal ilmu pengetahuan. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T merupakan satu arahan untuk membaca ruang lingkup ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencakupi pelbagai bidang dan sub bidang. Tidak terkecuali Ilmu yang berhubung erat dengan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam.
       Tegasnya kegunaan ICT masih tertakhluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Apalagi pemanfatan semua itu salah alat untuk mendukung dakwah dan mengajarkan peradaban Islam dalam sistem P&P, Sekiranya kemudahan ICT disalahgunakan seperti melayari laman-laman web lucah, menyebarkan fitnah dan menggalakkan pergaulan tanpa batasan, tentu suatu kesalahan yang besar jika kita menyalahkan medianya. Oleh itu kita mesti mengislamisasikan media itu melalui orangnya.
kesimpulan
Secara kesimpulannya. penggunaan perisian CD dan DVD pada hari ini merupakan suatu kepentingan bagi memudahkan kita untuk mendapatkan serta menyimpan maklumat.
Selain itu ia juga :
       mengukuh dan menambah kemahiran kepada pengguna, selaras dengan konsep perkembangan dunia tanpa sempadan pada hari ini.
       lebih banyak kesan positif berbanding
     negatif
       meningkatkan dan membawa kaedah-kaedah yang baru sekaligus meningkatkan produktif pembelajaran.