p/s : bukan untuk di copy paste tetapi sekadar membantu dalam meningkatkan kefahaman dan rujukan pembacaan
1.0
SIAPAKAH IKHWAN MUSLIMIN?
1.1 Latar Belakang Penubuhan Ikhwan
Muslimin
Ikhwan muslimin merupakan gerakan islam
antarabangsa terawal yang ditubuhkan pada tahun 1928 oleh As-Syahid Imam Hasan
Al-Banna. Melihat kepada keadaan masyarakat dan umat Islam yang sangat lemah
imannya maka, beliau merasakan bahawa kegemilangan islam perlu dikembalikan
dengan pengislahan yang bermula dari bawah perkara asas iaitu tauhid. Pada masa
yang sama, menjadikan Al-Quran dan Sunnah rujukan setiap perkara. Maka tidak
hairanlah, pemikiran Ikhwan terpancar melalui peribadi ahlinya yang sering
bersama Al-Quran. Ini kerana, masyarakat ketika itu tidak lagi menjadikan Allah
sebagai tujuan hidup bahkan memisahkan urusan dunia dan akhirat. Ideologi
sekularism menyerap masuk ke dalam masyarakat dengan begitu halus sekali. Oleh
itu, beliau mengumpulkan beberapa individu lalu membuat kumpulan kecil dikenali
sebagai usrah. Di mana ianya turut pernah dilakukan ketika zaman Rasulullah
saw, di rumah Arqam bin Abi Arqam.
1.2 As-Syahid Imam Hasan Al-Banna
Nama penuh beliau ialah Hasan bin Ahmad bin
Abdul Rahman. Beliau dilahirkan di
bandar Mahmudiah (Berdekatan Iskandariah) pada tahun 1906. Beliau
menamatkan pengajian di Sekolah Dar al-Ulum, Kaherah dan kemudian bertugas
sebagai pengajar yang sering berpindah dari satu bandar ke satu bandar. Beliau
mengajak umatnya supaya mengamalkan al-Quran al-Karim dan berpegang teguh
dengan sunnah Nabi s.a.w.. Melalui usahanya ini beribu-ribu mahasiswa, buruh,
peladang dan daripada pelbagai lapisan masyarakat mendapat hidayah. Setelah
itu, beliau menetap beberapa ketika di bandar Ismailiah. Di sini beliau
menubuhkan pejabat pertama Ikhwan bersama-sama beberapa orang anggota ikhwan
lain.
Usaha beliau melangkah setapak lagi apabila beliau mula mengadakan
sesi ceramah serta menyebarkan bahan cetak. Malah beliau mula mengadakan
lawatan ke beberapa bandar dan desa. Kesannya di setiap daerah akhirnya wujud
sebuah pusat dakwah. Dakwah beliau juga bukan terhad untuk golongan lelaki
sahaja malah di Ismailiah beliau menubuhkan Maahad Ummahat al-Muslimin
bertujuan memberikan didikan Islam untuk anak-anak perempuan. Tidak beberapa
lama kemudian beliau berpindah ke Kaherah. Dengan perpindahan ini bermakna ibu
pejabat dan pusat pentadbiran juga berpindah ke Kaherah. Di sini dakwah beliau
semakin menyerlah. Ikhwan semakin berkembang dan jumlah mereka kini mencecah
setengah juta orang. Ahli politik dan kuncu-kuncu mereka mula bimbang dengan
pengaruh al-Syahid. Oleh itu mereka berusaha menyingkirkannya dari medan
politik. Namun segala usaha ini tidak mampu menggugatkan keazaman beliau.
Beliau bangkit memperkenalkan Islam kepada seluruh manusia bahawa Islam
mencakupi akidah, ibadah, tanah air, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya
dan undang-undang. Akhbar Ikhwan Muslimin yang diterbitkan setiap hari mula
dilancarkan di
Kaherah. Akhbar ini menjadi wahana dalam bentuk penulisan selain
ceramah yang
diadakan.
Ketika krisis Palestin meletus, pasukan tentera Ikhwan merupakan
pasukan sukarelawan yang paling aktif. Mereka berjaya mara hingga hampir
memasuki Tel Aviv. Malangnya pihak pemerintah ketika itu Raja Farouq telah
mengkhianati perjuangan ini apabila beliau menandatangani perjanjian damai dan
bertindak menahan pemimpin-pemimpin Ikhwan. Tindakan jahat pihak penjajah tidak
terhenti setakat itu sahaja. Mereka mula merancang untuk membunuh al-Banna.
Ketika al-Banna berada di hadapan ibu pejabat Pertubuhan Pemuda Islam di
Kaherah mereka melepaskan beberapa das tembakan dan kemudian melarikan diri.
Malangnya tidak siapa yang merawat al-Banna. Beliau dibiarkan terlantar di
lantai hospital dengan keadaan darah yang masih mengalir. Mereka hanya menonton
tanpa merasa belas kasihan dan berhati perut. Saudara-mara terdekat juga
dilarang melawat. Akhirnya selepas dua jam, beliau menghembuskan nafas yang
terakhir pada tahun 1949.
Seorang wartawan telah bertanya Al-Banna tentang dirinya dan
meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau
berkata:
“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia
yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang
impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di
bawah naunagan Islam yang murni. Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami
rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: sembahyangku,ibadahku, hidupku, dan
matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya.
Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan
diri.”
Itulah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Beliau yang dikasihi Allah
telah mengabadikan beberapa tulisan yang amat berharga, antaranya Muzakirat
al-Dakwah wa al-Da‘iyah dan beberapa risalah.
1.3 Dakwah
Ikhwan
Ciri-ciri utama dakwah Ikhwan Muslimin
ialah:
i.
Dakwah ini bersifat rabbani kerana asas
yang menjadi fokus keseluruhan matlamat ialah mengajak manusia supaya mengenali
tuhan mereka. Agar melalui hubungan ini mereka memperolehi nilai kerohanian
murni yang akan memartabatkan jiwa mereka daripada kekangan materialistik
kepada jiwa seorang manusia yang suci dan murni. Jadi, matlamat pertama dakwah
ini ialah mengajak manusia mengingati semula hubungan mereka dengan Allah. Pada
hakikatnya,inilah kunci kepada seluruh masalah manusia yang sekian lama
dikongkong oleh sifat jumud dan materialistik.
ii.
Dakwah bersifat sejagat kerana dakwah ini
ditujukan kepada seluruh manusia atas dasar semua manusia adalah saudara. Kemuliaan
mereka hanya berdasarkan kepada ketakwaan serta amal kebajikan yang mereka
sumbangkan kepada manusia. Ikhwan Muslimin tidak menerima semangat perkauman
dan juga tidak akan meniupkan semangat perkauman berteraskan kaum dan warna
kulit. Sebaliknya akan mengajak manusia ke arah semangat persaudaraan yang
sejati sesama manusia.
“Allah adalah matlamat kami, Rasul adalah
ikutan kami, Al-Quran adalah panduan kami, jihad adalah jalan kami dan mati
syahid adalah cita-cita kami”. Itulah
yang menjadi tunjang atau moto Ikhwan Muslimin yang juga ditekankan oleh
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna kepada ahli Ikhwan. Gerakan ini tidak mengambil
berat akan ganjaran atau balasan yang akan diperoleh daripada manusia, mereka
menyerahkan segala ganjaran hasil usaha kepada Allah semata-mata.Bahkan
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna sering mengingatkan setiap ikhwan agar sentiasa
ikhlas dan thabat dalam menjalankan kerja-kerja islam. Setiap kerja dakwah yang
dilakukan adalah untuk kemaslahatan ummah. Mereka menyerahkan seluruh
kehidupan, masa, wang, tenaga dalam memerangi jahiliyyah dan membina manusia
Rabbani.
Pada Disember tahun 2010, dunia dikejutkan
dengan Kebangkitan Revolusi Arab di timur tengah dan Afrika Utara. Mesir turut
tidak ketinggalan bangkit setelah sekian lama mendiamkan diri dan melakar
sejarah Revolusi Mesir pada awal tahun 2011. Setelah Presiden Hosni Mubarak
secara rasminya berundur dan meletakkan jawatan pada Februari 2011, pilihan
raya baru Mesir pun bermula. Pada tanggal 21 Jun 2011, dunia dikejutkan sekali
lagi dengan kemenangan ahli Ikhwan, Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden Mesir
yang baharu menggantikan pemerintah diktator, Hosni Mubarak. Kemenangan calon
Ikhwan Muslimin dalam pilihan raya telah mengejutkan ramai pihak sama ada
penganalisa politik, media massa, musuh islam dan masyarakat umumnya. Setelah
puluhan tahun mereka mengalami penindasan seksaan dan dipenjarakan kerana
memperjuangkan Islam yang syumul, kini Ikhwan Muslimin telah mengorak langkah
setapak lagi dalam fasa Kerajaan Islam, menghampiri fasa Daulah Islamiyyah yang
digariskan dalam maratib amal dan menuju ke arah Ustaziyyatul Alam yang mana
sistem Islam bakal mendominasi dunia.
Dakwah dan manhaj Ikhwan Muslimin yang
berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah telah mempengaruhi banyak gerakan Islam
seluruh dunia termasuk Malaysia. Ikhwan Muslimin menjadi qudwah dan contoh
dalam menegakkan konsep hakimiyyah.
2.0 SIAPAKAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)?
2.1 Sejarah
penubuhan PAS
Pada 23 Ogos 1951,sejarah tercipta apabila
para ulama bersidang di Kuala Lumpur. Keputusan dicapai dan semua bersepakat
untuk menubuhkan sebuah persatuan iaitu Persatuan Ulamak Se-Malaya. Namun pada
24 November 1951, namanya ditukar kepada Parti Islam Se-Malaya ketika
persidangan Ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil atau kini dikenali dengan nama
Butterworth. PAS menerima pengaruh daripada pelajar yang pulang dari Timur
Tengah membawa kesedaran akan pentingnya menubuhkan jemaah di Malaysia bagi
menyatu padukan umat islam. Ikhwan Muslimin di Mesir dan Jemaat Islami di
Pakistan antara gerakan islam yang mendorong kepada penubuhan jemaah di
Malaysia. Hasil daripada kesedaran yang timbul, Majlis Tertinggi Agama Malaya
ditubuhkan pada tahun 1947. Setahun kemudian, tertubuhnya Hizbul Muslimin
melalui usaha gigih Dr Burhanuddin
al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan islam yang
berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur, impak daripada penguatkuasaan
Ordinan Darurat pada Jun 1948.
Sepanjang tahun 1948 hingga 1950, para ulamak berhadapan dengan
pelbagai konflik dan karenah politik yang tidak mengikut landasan Islam. Maka,
oleh itu, para ulamak bersepakat untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi,
seorang ulamak di Seberang Perai, telah mengeluarkan satu manifesto yang
dinamakan ‘Manifesto Al-Badawi’ dengan tema “Ulamak Ke Jalan Allah” bagi
menyambut persidangan penubuhan PAS pada 24 November 1951. Maka, mereka
memutuskan untuk menjadikan PAS sebagai parti politik islam yang memperjuangkan
kemerdekaan dan konsep hakimiyyah berlandaskan syariat Islam.
2.2 Matlamat
penubuhan
Setiap organisasi mempunyai matlamat dan
tujuan ditubuhkan,antara matlamat PAS ialah:
·
Memperjuangkan
wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana
di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
·
Mempertahankan
kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.0
KONSEP HAKIMIYYAH
Berasal daripada perkataan Bahasa Arab, hakama iaitu
memerintah atau menguasai. Memandangkan pemikiran Ikhwan Muslimin banyak
mempengaruhi tokoh-tokoh melalui buku Syed Qutb, secara tidak langsung ianya
mempengaruhi perlaksanaan PAS dalam mencapai matlamat mereka. Konsep Uluhiyyah
dari sudut Hakimiyyah menjadi keutamaan Syed Qutb, dalam mengarang buku-bukunya
seperti Ma’alim fi Al-Tariq, Hadha Ad-Deen dan Khasa’is al-Tasawwural-Islamiyy.
Walau bagaimanapun, konsep Uluhiyyah yang dihuraikan oleh Syed Qutb dari sudut
Hakimiyyah dan Tasyri’ ini pun tidak lari daripada asas yang menjadi pegangan.
Abu A`la Al-Maududi dalam Mustalahat Al-Arba’ah fi Al-Quran mengatakan bahawa
al-Ilahiyyah menurut beliau bermaksud Al-Ma’bud. Sedangkan intipati kepada
persoalan dan hak Uluhiyyah ialah al-sultan. Ia bermakna penguasa yang berkuasa
sama ada dari sudut sumber tertinggi yang menguasai hukum dan peraturan alam,
ataupun hukum serta peraturan di dunia yang menuntut ketaatan daripada
manusia.
Ÿxsù... (#âqt±÷‚s? }¨$¨Y9$# Èböqt±÷z$#ur Ÿwur (#rçŽtIô±n@ ÓÉL»tƒ$t«Î/ $YYyJrO WxŠÎ=s% 4 `tBur óO©9 Oä3øts† !$yJÎ/ tAt“Rr& ª!$# y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbrãÏÿ»s3ø9$# ÇÍÍÈ
44. …..oleh itu janganlah kamu takut kepada
manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari
melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual
(membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga Yang sedikit (kerana mendapat rasuah,
pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa Yang tidak menghukum
Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka
mereka itulah orang-orang kafir.
4.0
KONSEP AL-HAKIMIYYAH MENURUT IKHWAN MUSLIMIN DAN PENGARUHNYA KEPADA
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
Bekas pemangku Yang Dipertua, Profesor Dr. Zulkifli Muhammad
(1963-1964) dan bekas Yang Dipertua, Haji Yusuf Rawa ( 1982-1988) merupakan
antara golongan terawal yang mendapat pendedahan pemikiran Ikhwan Muslimin.
Mereka mengikuti pemikiran ini sejak akhir tahun 1940-an. Zulkifli mengikutinya
sewaktu menuntut di mesir sewaktu Hassan Al-Banna masih hidup. Sementara Haji
Yusuf Rawa pula mengikutinya ketika belajar di Mekah pada waktu yang sama. Pada
awal tahun 1950-an, setelah
kepulangannya ke Malaysia, beliau turut membantu menyebarkan pemikiran tersebut
melalui penerbitan majalahnya al-Islah di Pulau Pinang. Menurutnya, penerbitan
majalah itu bertujuan menyebarkan pemikiran terutamanya dari Ikhwan Muslimin
dan Jama’at Islami. Bekas Setiauasaha Agung PAS (1969-1973), Ustaz Abu Bakar
Hamzah, juga turut menyatakan pemikiran Ikhwanul Muslimin tersebar di Malaysia
sejak awal tahun 1950-an. Beliau sendiri mengikutinya sejak dari tahun 1952
melalui buku dan majalah Ikhwan yang sampai ke sini. Antara mereka yang
bertangunggjawab dalam penyebaran ini ialah A.Hassan Bandung, Sheikh Abdullah
Basmeh dan Allahyarham Syed Jaafar Albar. Setelah menjawat jawatan Ketua Pemuda
PAS Pusat, Abu Bakar beusaha menerapkan pemikiran Ikhwan Muslimin dalam
kalangan anggota Pemuda. Sebagai Ketua
Pemuda PAS, Abu Bakar dipilih menyertai PAS ke Persidangan Afro-Asia di
Kaherah. Di sana, beliau berpeluang bertemu empat mata dengan beberapa individu
yang mempunyai kaitan rapat dengan Ikhwan Muslimin dan menasihatkan beliau
supaya PAS mengadakan hubungan dengan Ikhwan.
Maka, pada tahun 1963, ketika PAS dibawah pimpinan Profesor Dr
Zulkifli Muhamad beliau telah menghantar Haji Yusuf Rawa seorang Ahli
Jawatankuasa Agung PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Dalam misi tersebut,
beliau telah melawat Mesir dan Iraq. Ketika di Iraq, beliau bertemu dengan
Menteri Wakaf yang merupakan anggota Ikhwan. Hasil daripada pertemuan tersebut,
menteri berkenaan bersetuju menawarkan sepuluh biasiswa Kementerian Waqaf Iraq
untuk pelajar Malaysia. Urusan pemilihan pelajar-pelajar tersebut diserahkan
kepada PAS. Di sinilah bermulanya bimbingan Ikhwan secara ‘formal’. Buktinya,
menurut Ustaz Hassan Shukri, Naib Presiden PAS yang merupakan salah seorang
antara sepuluh pelajar yang mendapat biasiswa mengatakan bahawa dalam tempoh
pengajian di Baghdad antara tahun 1964 hingga 1968, mereka mendapat bimbingan
secara langsung daripada tokoh Ikhwan. Pulangnya beliau daripada Iraq, beliau
dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat. Dalam melaksanakan amanah yang diberi,
beliau cuba mengindoktrinasikan para pemudanya dengan pemikiran Ikhwan
khususnya melalui program tarbiyyah. Namun begitu, usaha tarbiyyah sebagaimana
yang dilakukan oleh Ikhwan tidak disokong oleh pimpinan PAS di bawah Dato’ Asri
Haji Muda. Pada tahun 1983, Dato’ Asri mengundurkan diri daripada kepimpinan
PAS. Pada muktamar sanawi PAS tahun yang sama, satu era baru bermula, iaitu
zaman kepimpinan ulama. Dengan itu, pemikiran Ikhwan dapat kembali berkembang
dalam PAS. Di bawah kepimpinan baru, program tarbiyyah merupakan program utama.
Antara individu yang bertangunggjawab menggerakkan program ini ialah Tuan Guru
Abdul Hadi Awang dan Haji Yahya Othman.
Selain itu,bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Haji Nik Abdul Aziz
juga turut berperanan menyebarkan pemikiran Ikhwan Muslimin. Menurut beliau,
pemikiran Syed Qutb iaitu salah seorang anggota Ikhwan Muslimin telah lama
diikutinya semenjak menuntut di India melalui seorang Ikhwan, Abdul Mun`im
al-Namir yang menjadi tenaga pengajar di tempatnya, Darul Ulum. Ketika itu,
buku Al-`Adalah Al-Ijtimai`yyah fi Al-Islam karangan Syed Qutb dijadikan teks
pengajian Bahasa Arab di situ. Pada tahun 1958,
beliau berkesempatan membaca Tafsir Fi Zilal Quran yang mana ianya
memberi kesan kepada beliau mengenai konsep Islam sebagai ad-Deen dan
al-Hakimiyyah tuntutan Tauhid.
Pada masa yang sama, Salahuddin bin Abdullah, bekas Setiausaha
Perhubungan PAS Kelantan turut terkesan lalu menyebarkan pemikiran hakimiyyah
ini di Kelantan. Beliau mendapat bimbingan pemikiran Ikhwan dari Profesor Abdul
Qahar Muzakkir sewaktu menuntut di Universiti Islam Indonesia, Jogjakarta pada
tahun 1955 hingga 1959. Salahuddin banyak menterjemahkan karya-karya Sayyid
Qutb, terutama buku Ma’alimfi Al-Tariq. Penterjemahan karya-karya ini dimuatkan
dalam majalah-majalah Pengasuh, terbitan Haji Yusuf Rawa, Pulau Pinang.
Kesimpulannya
pemikiran Ikhwan telah mempengaruhi tokoh-tokoh awal PAS melalui cara dan
tempat yang berbeza.
Rujukan:
1. Ust Salehan bin Ayub. 2003. Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna.
cetakan pertama. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.
2. Mohamad Fauzi Zakaria. 2007. Pengaruh Pemikiran As-Syahid Sayyid Qutb
Terhadap Gerakan Islam Di Malaysia. Cetakan pertama. Kuala Lumpur : Jundi
Resources.
3. Syed Qutb. 2009. Petunjuk Sepanjang Jalan. Cetakan pertama. Seri
Kembangan: Konsis Network.
4. PAS. http://pas.org.my. Ogos 2012
No comments:
Post a Comment