p/s : bukan untuk di copy paste tetapi sekadar rujukan pembacaan dan membantu dalam meningkatkan kefahaman
TAKRIF KOMUNIKASI PERSEORANGAN (INTERPERSONAL)
Al-Quran telah memberi beberapa
garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang
berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang lain .Di antara
ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah : “Perkataan
yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka)adalah lebih baik daripada
memberi sedekah (pemberian) yang diiringi(dengan perbuatan atau
perkataan)menyakitkan hati.Dan (ingatlah)Allah maha kaya dan maha penyantun.(Al-Baqarah:263).Nabi
Muhammad S.A.W juga pernah menekankan betapa pentingnya kita
berkomunikasi.Baginda bersabda dalam hadis yang memberi maksud bahawa hukumnya
adalah haram bagi seseorang muslim yang berniat tidak mahu berkomunikasi dengan
sesiapa pada hari tersebut. Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering melakukan
komunikasi secara perseorangan atau secara individual dengan orang lain.
Komunikasi sedemikian ini sering disebut komunikasi bersemuka, dan disebut juga
komunikasi antara peribadi (interpersonal communication).
Komunikasi perseorangan (interpersonal)adalah
komunikasi yang memerlukan seorang atau lebih dari seorang Proses komunikasi
antara individu (lebih dari seorang individu) proses komunikasi diantara
seseorang dengan seseorang yang lain atau antara manusia. Proses komunikasi ini
sangat berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan
lapangan yang sama. Takrifan barat oleh R Wayne Pace berpendapat bahawa
komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang berlangsung antara dua
orang atau lebih secara bersemuka. Selain itu,terdapat beberapa pendapat dari
pakar yang menyatakan komunikasi perseorangan ini adalah komunikasi yang
melibatkan dua orang penyampai yang berinteraksi secara dua hala serentak dan
mereka saling mempengaruhi. Definisi ini juga menurut Beebe, Beebe dan
Redmond(1999), komunikasi antara perseorangan ialah komunikasi kemanusiaan yang
berlaku apabila seseorang berinteraksi secara serentak dengan orang lain dan
saling mempengaruhi diantara satu sama lain dengan tujuan untuk mengendalikan
hubungan. Ringkasnya,mereka membuat penjelasan bahawa dalam komukasi
perseorangan, berinteraksi secara serentak bermaksud kedua-dua orang penyampai
bertindak ke atas maklumat yang sama pada masa yang sama.
Kedua-duanya menyampai dan menerima
mesej pada masa yang sama. Misalnya,ketika seorang ibu memarahi anaknya,mesej
yang diterima oleh anaknya disampaikan kembali kepada ibunya melalui komunikasi
bukan lisan seperti bermasam muka atau berdiam diri. Saling mempengaruhi
bermaksud kedua-dua komunikator menerima kesan daripada interaksi itu.Misalnya,
ibu yang marah pada anaknya tadi mungkin berasa semakin geram apabila melihat
sianak menunjukkan perasaan tidak puas hati melalui perlakuan bukan lisan
seperti bermasam muka. Adler.Rosenfeld dan Towne (1990) mendefinisikan
komunikasi antara perseorangan sebagai suatu proses transaksi yang
berterusan,melibatkan komunikator-komunikator daripada persekitaran yasng sama
ataupun berbeza dan mewujudkan hubungan melalui pertukaran mesej yang kebanyakannya
dipengaruhi oleh gangguan atau halangan luaran fisiologi dan
psikologi.Komunikasi ini penting dalam menjalinkan dan mengekalkan hubungan
memujuk dan mempengaruhi orang lain.
Komunikasi dua hala ialah yang
melibatkan kumpulan terdiri daripada tiga hingga dua belas orang ahli. Bahkan
ia penting untuk berkongsi maklumat,mendapatkan idea,menyelesaikan masalah dan
bantu-membantu. Setiap hari kita berhubung dengan orang lain,sama ada secara
bersemuka atau menggunakan alat komunikasi seperti telefon,e-mel dan surat.
Dalam era moden hari ini kaedah perhubungan semakin mudah dan kompleks kerana
inovasi dalam media perhubugan semakin canggih. Jika dulu alat perhubungan agak
sukar dimiliki tetapi hari ini setiap orang boleh memiliki dua atau tiga buah
telefon bimbit.Terdapat lapan prinsip dakwah yang digariskan oleh Al-Quran dan
Hadis dan diungkapkan dengan jelas. Prinsip-prinsip ini boleh menjadi panduan
kepada pendakwah untuk membentuk strategi dan kaedah yang lebih baik dan
menepati matlamat dakwah itu sendiri. Prinsip-prinsip berkenaan ialah berilmu,
khudwah hasanah (contoh baik), sabar, bersikap lemah lembut dan belas kasihan,
berbaik sangka, tawadhuk, bermanis muka dan tutur kata serta menafkahkan harta
kepada anak yatim.
TUJUAN
KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU
- Meneroka diri sendiri
- Perubahan atau memperngaruhi
- Menjalankan tugas
- Mampu menghubungkan kita dengan orang lain
- Komunikasi antara individu ialah bagaimana seseorang individu membina perhubungan dengan orang lain. Melalui komunikasi interpersonal ini akan membentuk dan memelihara hubungan dengan orang lain. Selain itu, akan terbentuk juga sutu jalinan yang keterikatan sesama pihak yang melakukan komunikasi. Hal ini baik untuk menjalin suatu proses kerja sama dengan mencapai tujuan bersama.
- Komunikasi merupakan sesuatu yang tidak berubah.
- Komunikasi interpersonal tidak boleh diputar kembali. Mesej yang diberi akan memberi kesan kepada penerima.
- Komunikasi dikawal oleh peraturan
- Ianya ialah bagaimana individu tersebut berinteraksi ketika belakunya perbincangan atau perhubungan.Peraturan ini biasaannya boleh dipelajari melalui pengalaman pemerhatian, dan latar belakang seseorang sama ada seperti berlainan bangsa dan budaya. Antara peraturan yang biasa dipraktikkan secara umumnya ialah menghormati hal-hal peribadi, menyimpan rahsia,amanah, dan jujur.
- Memperoleh maklumat
- Mempamerkan identiti
- Untuk membantu
- Kaedah perhubungan (human relation) yang baik.
Tujuan
komunikasi interpersonal ini maksudnya lebih menjurus kearah peribadi. Jika
melihat kepada interaksi individu dengan individu yang lain, individu tersebut
akan lebih banyak belajar tentang
dirinya maupun orang lain. Komunikasi bukan lisan Kenyataan sebahagian besar
daripada persepsi adalah hasil daripada yang telah dipelajari dalam pertemuan
interpersonal komunikasi. Ia memberikan kesempatan kepada individu tersebut
untuk berbicara mengenai dirinya-pengalaman, perkara yang disukai dan tidak disukai.
Komunikasi
interpersonal juga menjadi alat menegur sehingga dapat mengubah hidup kita.
Karena sesungguhnya untuk mengubah sikap dan tingkah laku kita atau orang lain
dapat dilakukan dengan pertemuan interpersonal.
Secara
formal atau tidak, semua aktiviti kerja memerlukan interaksi antara satu sama
lain. Maka perlunya komunikasi dalam menjalankan tugas masing-masing.Komunikasi
juga menjadi alat utama yang digunakan untuk melatih pekerja sesebuah
organisasi seperti latihan sambil kerja, arahan tugasan dan syarahan. Ini akan
mewujudkan keberkesanan dan kelicinan dalam latihan lantas menyumbang kepada
kejayaan sesebuah syarikat atau institusi.
PRINSIP-PRINSIP
KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU
FUNGSI
Berinteraksi
dengan individu lain memudahkan untuk mendapatkan sesuatu maklumat.Bahkan
mempermudahkan dan melajukan aktiviti harian seseorang dengan memahami berita
atau informasi. Misalnya dengan komunikasi seseorang individu mudah mengerti
dan boleh menerima segala persoalan yang sedang dihadapi.
Apabila
seseorang individu berinteraksi, tanpa disedari individu tersebut berinteraksi
bukan sahaja dengan lisan tetapi juga bukan lisan. Maka, secara tidak langsung,
individu tersebut telah memperkenalkan diri melalui cara bercakap, penampilan
diri dan lain-lain. Pada masa yang sama,dapat mengenali sifat manusia yang
pelbagai.
Komunikasi
antara individu dapat digunakan dalam sesebuah kerjaya. Kerjaya professional
seperti peguam,psikiatrist, dan kaunselor yang menitikberatkan komunikasi
interpersonal dapat membantu klien atau
pesakit dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi pelajar serta mahasiswa
pula, komunikasi ini digunakan untuk memahamkan sesuatu subjek atau merungkai
kekeliruan. Ianya juga sering dipraktikkan dalam organisasi dan
kumpulan-kumpulan kecil.
Menceritakan
perasaan atau keinginan dapat mengetahui budaya, adat istiadat, bahasa maupun
agama. Donald Trump, seorang jutawan hartanah di Amerika Syarikat yang popular
dengan rancangan The Apprentice mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjadi
kaya dengan sikap suka mendengar.Menurut beliau, apabila pertama kali berurusan
dengan seseorang yang baru dikenalinya, beliau tidak akan sekali-kali
menceritakan segala-galanya berkenaan urusniaga tersebut. Sebaliknya, Trump
akan sekadar menyebut satu dua perkara dan membiarkan individu tersebut
menceritakan segala-galanya. Dari situ beliau mengetahui sama ada individu
tersebut benar-benar berminat untuk berurus niaga dengannya atau sekadar untuk
menunjuk-nunjuk. Kemahiran mendengar juga memainkan faktor yang penting dalam
membina hubungan dalam sesebuah masyarakat.
MASALAH-MASALAH KOMUNIKASI INTERPERSONAL
Antara masalah-masalah atau halangan yang terdapat di dalam
komunikasi perseorangan dan dapat dikelaskan ialah:
Pakar
dalam bidang komunikasi percaya bahawa komunikasi yang lemah merupakan punca
kepada kebanyakan masalah dan komunikasi yang efektif adalah penyelesaian kepada
kebanyakan masalah (Pearson 2000).Justeru itu,dengan memahami prinsip dan teori
komunikasi yang baik dan menggabungkannya dalam praktikal boleh menyelesaikan
permasalahan antara rakan-rakan negara,pengurusan,buruh,guru dan pelajar.Dengan
erti kata lain,komunikasi yang efektif tidak boleh menyelesaikan atau mengelak
kebanyakan daripada permasalahan tersebut,bahkan masih terdapat beberapa masalah atau halangan
yang dihadapi dalam komunikasi perseorangan ini.Antara masalah yang paling
utama ialah bahasa.Salah satu daripada kebanyakan gangguan dan masalah-masalah
komunikasi ialah dari segi:







CARA
MENINGKATKAN KEBERKESANAN KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
Komunikasi
yang efektif berkait rapat dengan hubungan interpersonal. Bagi mewujudkan serta
meningkatkan hubungan interpersonal, terlebih dahulu setiap individu perlu
meningkatkan kualiti dalam berkomunikasi. Sesuatu yang berkualiti itu datang
daripada hasil usaha yang bagus. Di dalam konteks ini, seseorang individu perlu
mengetahui cara-cara meningkatkan keberkesanan dalam komunikasi bagi
memantapkan kemahiran komunikasi tersebut. Terdapat
tiga cara untuk menyerlahkan imej dan keterampilan diri melalui komunikasi
interpersonal iaitu melalui S.E.R. (sensing, evaluating dan responding)
1. SENSING
“Sensing” yang bermaksud memahami, memberi ruang
untuk berfikir atau menangguhkan
penilaian terhadap sesuatu. Apabila terlibat dalam sesuatu situasi misalnya
dalam proses membuat keputusan,
seseorang akan cuba memahami apakah situasi sebenar yang berlaku. Melalui cara
ini, individu tersebut dapat mengelakkan
gangguan yang tidak diingini seperti khabar angin, salah faham maklumat dan
sebagainya. Teknik “sensing” cukup mudah iaitu mendengar segala
penjelasan tanpa memberi komen terlebih dahulu. Ini penting bagi memberi ruang
penerimaan segala maklumat yang berkaitan tanpa mengundang sebarang gangguan.
Sebagai contoh, seseorang pemimpin haruslah sentiasa bersedia mendengar segala
aduan, masalah dan perkembangan yang dilaporkan oleh para pengikutnya. Situasi
ini mewujudkan ruang kepada kedua-dua pihak untuk lebih mengenali antara satu
sama lain.
2.
EVALUATING
Semasa “evaluating” iaitu penilaian, seseorang individu
perlu bijak dalam menyusun semua maklumat yang diterima untuk memastikan proses
penilaian dalam membuat keputusan itu dapat dicapai dengan efektif. Setiap idea,
maklumat, masalah, keperluan dan laporan yang dikemukakan perlulah
diklasifikasikan dengan betul bagi mengelakkan daripada timbulnya sebarang
masalah. Disini jelas menunjukkan kebijaksanaan seseorang pemimpin itu akan
teruji untuk melihat sejauh mana tahap kepimpinan dan keintelektualannya dalam menganalisa
masalah. Jika seorang pemimpin berjaya membuat penilaian dengan tepat, sudah
tentu orang yang dipimpinnya semakin menghormati beliau. Selain itu,seseorang individu juga perlu bijak dalam menunjukkan
sikap empati terhadap sesuatu situasi. Sikap empati ini mampu mendorong merapatkan
hubungan antara dua pihak. Misalnya mangsa banjir akan terharu dan semakin
menyanjungi pemimpinnya yang sudi turun padang melihat dan merasai keperitan
yang dialami mereka.
3.
RESPONDING
Menurut
Mohammad Surya (2003:119) penerapan komunikasi interpersonal yang efektif
adalah sebagai berikut :
1.
Keterbukaan dan empati,
keterbukaan iaitu bersikap terbuka, merasakan pikiran dan perasaan orang lain
dan empati, iaitu menghayati perasaan orang lain
2.
Bersikap positif, iaitu
menyatakan sikap positif terhadap orang lain dan sesuatu situasi.
3.
Keseimbangan, iaitu mengakui
bahawa kedua-dua belah pihak mempunyai kepentingan yang sama, pertukaran
komunikasi secara seimbang.
4.
Yakin diri, iaitu yakin kepada
diri sendiri dan bebas dari masa lalu
5.
Menjamin interaksi, iaitu
mengendalikan interaksi untuk memberikan kepuasan kepada kedua belah pihak,
mengelola pembicaraan dengan pesanan yang baik dan konsisten.
6.
Pengungkapan, iaitu penglibatan
secara jujur dalam berbicara dan menerima pendapat secara verbal mahupun
non-verbal.
7.
Orientasi kepada orang lain,
iaitu penuh perhatian, minat, dan ketelitian kepada orang lain.
Sedangkan
menurut De Vito (Liliwery, 1997 :13) komunikasi interpersonal yang efektif
adalah sebagai berikut ;
1.
Keterbukaan (Opennes)
2.
Empati (Emphaty)
3.
Sikap Suportif (Supportiveness),
4.
Sikap Positif (Positiveness),
5.
Kesamaan (equality)
Hal ini jelas ternyata bahawa komunikasi ini adalah
satu aspek yang paing penting dalam kehidupan seseorang individu penting untuk
diri sendiri mahupun kepentingan masyarakat. Melalui komunikasi, perhungan yang
rapat boleh dibina antara satu sama yang lain. Terutamanya komunikasi antara
perseorangan.
Komunikasi
jenis ini juga meliputi banyak unsur. Terutamanya dalam unsur memujuk. Kaedah
ini amat sesuai digunakan apabila terdapat sebarang masalah antara individu.
Hal ini bukan sahaja melibatkan individu bahkan turut melibatkan masyarakat.
Bagi memudahkan penyelesaian sesuatu masalah, komunikasi interpersonal adalah
cara terbaik dan tepat bagi menyelesaikannya.
Justifikasinya,
komunikasi interpersonal melibatkan beberapa individu yang saling
bertukar-tukar maklumat tanpa menggunakan medium yang kompleks. Interaksi ini
menghasilkan tindak balas yang pantas, rancak dan seterusnya melahirkan rasa
saling hormat-menghormati dan mengeratkan silaturahim.
Sebagai
pengakhir kata, seni bicara atau teknik berbicara umum yang berkesan adalah
suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan seharian. Apabila seseorang itu
bergelar manusia, maka hidupnya akan sentiasa dikelilingi oleh seni berbicara.
Melalui seni bicara itu sendiri mampu membantu seseorang dalam apa juga situasi
dan keadaan.
Rujukan :
5.
http://www.coremap.or.id/downloads/Mengapa_Kita_Berkomunikasi.pdf
mantap
ReplyDeleteBoleh baca sampai habis sebab menarik sgt bagi sy
ReplyDeleteSlots at The Wynn | JSHQ
ReplyDeleteFor the most 성남 출장마사지 part, 동두천 출장샵 the Wynn is a casino and hotel, but for every aspect. They have the luxury of a casino and hotel, 상주 출장마사지 and there 계룡 출장샵 are a 원주 출장샵 number of places to