Sunday 13 October 2013

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS (contoh)

p/s : sekadar perkongsian picisan untuk rujukan sahabat-sahabat lain. Sebarang persamaan nama penceramah, tajuk seminar, jawatan dan lain-lain tidak ada kaitan dengan mana-mana individu. Jika ada, ianya kebetulan dan takdir semata.


TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
“SEMINAR MENJADI MUSLIMAH HEBAT IQ, EQ DAN SQ
DARI KACA MATA ISLAM”
Bismillahirrahmanirrahim.

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri  dengan diiringi dif-dif kehormat untuk masuk ke dalam dewan. 

Hadirat mohon berdiri.
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku beserta alunan bacaan Asmaul Husna.
Hadirat dipersilakan duduk.

Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Majlis mengalu-alukan ketibaan,
·         
  Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri A, Yang Dihormati Pengarah Pembangunan Insan, Jabatan Kemajuan Islam Selangor (JAKIM), Puan, Yang Dihormati Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Puan C, Yang Dihormati Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Puan Hajjah , Yang Berbahagia Dato’ Ustazah  F,   Yang Dihormati Profesor Madya Dr D, Yang Dihormati Timbalan Rektor ................., Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),Dr. G,   Yang Dihormati Penolong Ketua Seksyen Hal Ehwal Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Puan J,  Yang Diraikan, pensyarah, kakitangan KUIS, barisan Majlis Perwakilan Pelajar, puan-puan, mahasiswi seterusnya hadirat sekalian.

Merah menyala si bunga raya,
Biarkan ia mekar di sana,
Izinkan saya mula bicara,
Agar manfaat diperoleh bersama
.

Rabbishrohlisodri wa yassirli amri wahlul uqdatamillisani yafqahu qauli.
Assalamualaikum warahmatullahi wa Baraka tuh

Hadirat yang dikasihi Allah sekalian

Sabda Rasulullah sallahu alaihi wasallam : Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: majlis-majlis ilmu.”  (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Hadirat sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam seminar “Menjadi Muslimah Hebat IQ, EQ dan SQ Dari Kaca Mata Islam ”. Untuk pengetahuan hadirat, objektif seminar ini diadakan adalah untuk memberi maklumat serta tips menjadi muslimah hebat pelbagai aspek di samping mendengar sendiri pengalaman berharga daripada para pembentang. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai masalah sosial yang kian tenat saban hari.

Bagi memberkati lagi majlis ini, marilah kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Saudari ....
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudari .....  di atas bacaan doa penuh syahdu itu tadi.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput wakil penganjur seminar kali ini, Yang Dihormati Penolong, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Puan ..... bagi menyampaikan sepatah dua kata.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan

Terima kasih kepada Yang Dihormati Penolong Ketua ........, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Puan ... atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Kini,tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan perasmian bagi seminar “ Menjadi Muslimah Hebat, IQ,EQ dan SQ Dari Kaca Mata Islam” yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri A.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri A di atas ucapan perasmian yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirat sekalian,

Tak kenal maka tak cinta. Sebelum menjemput penceramah pertama, moleklah kita berkenal-kenalan dahulu dengan wanita berjiwa besar ini.

[Biodata penceramah 1]

Merupakan seorang isteri, ibu, doktor, pendidik dan penulis. Wanita yang berasal dari .................r ini, juga turut aktif melibatkan diri dalam program-program kemasyarakatan khususnya mengenai kesihatan,remaja,wanita dan keluarga. Berbekalkan semangat dan azam yang membara, setelah berjaya memperoleh Ijazah Doktor dari ................, beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Kepakaran ................ Setelah itu, .

Berpengalaman sebagai ............... beliau kemudiannya bertugas sebagai ................. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia hanya Tuhan yang tahu. Tidak lama selepas itu, beliau ditawarkan jawatan yang sama di salah satu ........... Beberapa tahun kemudian, beliau dilantik sebagai ............
Ibu kepada empat orang cahaya mata ini juga pernah menjadi tetamu jemputan rancangan Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, (WHI), Al-Kuliyyah dan Al-Hidayah di TV3, Keluarga di 9, Nasi Lemak Kopi O, Halaqah di TV9 serta Selamat Pagi Malaysia dan Fast Forward menerusi RTM. Beliau juga merupakan panel berkala Wanita Hari Ini di radio IKIM, motivator di radio KL.fm dan kolumnis beberapa majalah tempatan.

Beliau yang gemar melakukan aktiviti sukarelawan dan terjun membantu masyarakat turut dikenali dengan program.................. Oleh itu tidak hairanlah beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Saidatina Khadijah pada .......................... sebagai mengiktiraf segala usaha dan jasa beliau membantu masyarakat.

Dengan ini majlis menjemput Yang Dihormati Profesor Madya Dr sebagai penceramah pertama bagi seminar “Menjadi Muslimah Hebat IQ, EQ dan SQ Dari Kaca Mata Islam”.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Profesor Madya Dr atas pembentangan yang sungguh bertenaga tadi. Banyak input-input baru yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Hadirat sekalian.

Secangkir teh pengubat letih. Dengan ini majlis akan berhenti berehat seketika untuk memberi laluan kepada sesi minum pagi. Diharap hadirat dapat memenuhi dewan ini sebelum jam 11.30 pagi.

Dijemput Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri  dan dif-dif kehormat menjamu selera di bilik santapan BT.

Majlis diteruskan lagi dengan penceramah kedua.

[Biodata penceramah ke-2]

Dilahirkan pada tahun ........ di ...... dan mendapat pendidikan awal di ..............., Kedah.Melanjutkan pendidikan di Universiti ............... dalam jurusan .................. Memulakan karier sebagai seorang pendakwah yang berkebolehan. Berbekalkan ilmu, pengalaman serta teknik penyampaian yang berkesan, merupakan aset utama beliau dikenali ramai dalam kalangan masyarakat. Beliau sangat komited terhadap bidang pendakwahan secara profesional. Sering muncul dalam program televisyen, radio, majalah, akhbar dan menjadi duta pelbagai produk. Malah, suami beliau iaitu Ustaz W juga merupakan seorang penceramah agama dikenali ramai dan sering muncul di program televisyen dan majalah. Rancangan televisyen ..............., gandingan beliau dan suami mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Sentiasa mendapat undangan ceramah, membentang kertas kerja dan seminar .............. Beliau juga merupakan kolumnis di Majalah ...... dan lain-lain lagi. Telah menghasilkan 40 album pelbagai tajuk ceramah agama, motivasi dan tips dalam bentuk VCD, CD dan kaset. Beliau juga mengarang 8 buah buku yang cukup bernilai.

Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Ustazah untuk menyampaikan ceramah beliau.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Ustazah   di atas penyampaian yang cukup menarik sebentar tadi. Diharap ilmu serta tips yang dikongsi tadi dijadikan panduan hadirat sekalian.

Sampan kolek dari Pahang,
Biduk lalu sampai muara,
Segala juadah sudah terhidang,
Tibalah masa menjamu selera.

Majlis berhenti rehat seketika untuk memberi ruang kepada jamuan tengah hari dan solat zohor. Majlis akan bersambung semula pada jam 2.00 petang dengan sesi soal jawab diikuti sesi sembang santai bersama selebriti terkenal, WS.

Majlis ditangguhkan dengan Tasbih Kafarah dan surah Al-Asr.

Dijemput Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri A dan dif-dif kehormat diiringi hadirat sekalian untuk menikmati jamuan tengah hari yang telah disediakan.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



17 comments:

  1. assalam. ukhti, ana menggunakan sedikit sebanyak contoh idea teks ukhti sebagai rujukan untuk majlis ana. :) jzkk

    ReplyDelete
  2. assalam. ukhti, ana menggunakan sedikit sebanyak contoh idea teks ukhti sebagai rujukan untuk majlis ana. :) jzkk

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, kami akan menganjur satu sesi ceramah. justeru itu, mohon izin saudari untuk kami gunakan secebis idea bagi mengimarahkan majlis kami . semoga rezeki dan pahala berpanjangan buat saudari insyaallah. halalkan ye. ilmu wajar dikongsi. seikhlasnya izwani nasuha & zulaika dari Banting

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.maaf admin..saya menggunakan ayat admin untuk sebuah program..mohon jasa baik admin halalkan ya :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Mohon izin untuk menggunakan secebis idea dari teks ini untuk mengacarakan sebuah program. terima kasih

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum. izinkan saya jadikan teks ini digunakan untuk program yang akan jalankan. terima kasih

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..terima kasih atas perkongsian yang baik ini..Mohon halalkan ya,saya ingin menggunakan teks ini di dalam majlis ceramah saya. Terima KAsih

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..izinkan saya menggunakan teks ini untuk program yang akan saya jalankan. terima kasih

    ReplyDelete
  9. salam, minta izin guna teks untuk program saya, terima kasih.

    ReplyDelete
  10. salam
    saya minta izin kongsi artikel ea

    ReplyDelete
  11. Sungguh menarik perkongsian saudari. Mohon halalkan utk kegunaan akan datang ye. Semoga Allah permudahkan urusan dan melimpahkan rezeki buat saudari. Jkk 😊

    ReplyDelete
  12. Sungguh menarik perkongsian saudari. Mohon halalkan utk kegunaan akan datang ye. Semoga Allah permudahkan urusan dan melimpahkan rezeki buat saudari. Jkk 😊

    ReplyDelete
  13. salam
    mohon izin dan halalkan untuk kegunaan sebentar lagi.
    Jzzk

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum pn.. minta izin gunakan skrip pn ye.. tq

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum pn.. minta izin gunakan skrip pn ye.. tq

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum. minta izin gunakan skrip ni ya. terima kasih

    ReplyDelete
  17. Salam..sy mnta izin ambil sedikit contoh dan rujukan untuk majlis fiqh wanita di pejabat kami..terima kasih puan

    ReplyDelete