Tuesday 27 December 2011

renungan bersama...


Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembut. “Ibu,tubuhku terasa sakit ibu”,kata nak kerang tersebut. “Wahai anakku, bersabarlah. Seandainya ibu mempunyai tangan,sudah lama ibu membantumu”, kata sang ibu sambil bercucuran air mata. Hati si ibu mana yang akan berasa tenang apabila melihat anaknya dalam keadaan sakit?
Si ibu terdiam sejenak, “Anakku, ibu tahu bagaimana rasa sakitnya tetapi kamu harus menerimanya sebagai satu takdir. Kuatkan dirimu, tabahkan hatimu dan kerahkan semangatmu melawan rasa sakit yang menggigit itu. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu, agar ia tidak terasa terlalu sakit”, kata ibunya dengan hati yang pilu.
Anak kerang itu pun melakukan apa yang disuruh oleh ibunya. Alhamdulillah ada kurangnya rasa sakit itu. Sedang dia di dalam kesakitan, dia menafikan nasihat ibunya. Dia menahan kesakitan itu dengan titisan air mata selama bertahun-tahun lamanya. Tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Semakin lama semakin halus. Rasa sakit itu pun semakin berkurang. Lama-kelamaan mutiara yang tumbuh di dalam dagingnya itu semakin membesar.
Akhirnya sesudah sekian lama, sebutir mutiara besar mulai kelihatan, terang bersinar, dan kelihatan lebih berharga daripada segala-galanya. Penderitaan yang dihadapi sebelumnya berubah menjadi satu kebanggaan. Titisan air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini adalah bergelar “MUTIARA”.
Cerita di atas adalah sebuah paradigma yang menjelaskan bahawa ujian adalah lorong terbaik dalam membentuk sesuatu yang luar biasa. Kini, anak kerang tersebut lebih berharga daripada kerang yang selainnya kerana dia telah berjaya mengharungi keperitan yang melanda. Dalam hal ini dapat dilihat dengan jelas bahawa segala kesenangan dan kebahagiaan akan diperoleh apabila terdapat ujian-ujian yang mendidiknya.
Jadi bersabarlah dalam mengharungi apa jua keadaan dan jadilah orang yang tenang apabila berhadapan dengannya kerana setiap perkar yang berlaku itu terdapat hikmahnya. Cuma ia memerlukan masa sahaja bagi memperolehinya. Bersyukurlah kerana Allah tidak menguji hambanya kini dengan ujian-ujian yang hebat seperti hamba-hambanya yang tedahulu. Sekian. Wallahuaalam.

Sunday 18 December 2011

Ermmmmm ICT?????


Apa itu ICT ?


ICT - satu proses pengaliran, penyebaran pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Ia juga untuk memindah, menyebarkan dan memaparkan maklumat.



Perkembangan ICT ?


Dunia pada mulanya menghadapi Revolusi Pertanian, diteruskan dengan Revolusi Perindustrian dan apabila mencapai gelombang ketiga bermulalah Revolusi Teknologi Maklumat. Gelombang maklumat ini akan merentasi sempadan negara tanpa mengira ideologi, agama, bangsa, fahaman politik dan blok perdagangan yang dianuti.


Kemunculan Era Informasi Rogers(1991) seorang pengkaji media komunikasi mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada : ·


Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad. ·


Era Percetakan - Bermula pada tahun 1956 ketika mesin cetak di cipta oleh Gutenberg dari Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China. Surat khabar pertama di terbitkan pada era tersebut. ·


Era Telekomunikasi - Bermula tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse. Pada tahun 1876 pula Alexander Graham Bell mencipta telefon.



Pandangan Islam terhadap ICT :


Islam tidak meletakkan hukum haram kepada sesuatu melainkan telah disebut dalam nas ataupun dalil. Islam juga tidak menghalang teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan.Hukum asal sesuatu adalah mubah yakni harus termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada lama atau baru.

Penggunaan ICT Menurut Pandangan Islam

Umat Islam telahpun menunjukan model terbaik dalam usaha penyebaran maklumat lebih awal daripada penganut-penganut agama lain, iaitu dengan memulakan industri kertas pada tahun 729M di Baghdad, berbanding orang Kristian yang pertama sekali menggunakan percetakan kertas dalam tahun 1276M. Malah sejak 1040M, kerajaan Islam telahpun menggunakan kertas dalam urusan rasmi kerajaan. Malangnya, apabila munculnya isu bidaah tentang penggunaan teknologi pada abad ke-17M, umat Islam mengambil sikap yang agak simplistik dan berpuas hati dengan apa yang ada. Akibatnya industri percetakan dikuasai masyarakat Barat (Abu Bakar dan Siti Fatimah, 1999). Sejarah Ini telah membuktikan bahawa teknologi telah lama wujud dalam kehidupan manusia.

Merujuk kepada sejarah Islam, teknologi bukanlah sesuatu yang asing. Ia adalah satu proses yang berterusan, berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Islam tidak pernah menghalang serta mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Maka oleh itu hukum asal sesuatu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban samada lama atau baru. Tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas dan dalil yang terang serta jelas menyatakan sesuatu itu haram, ini menunjukan Islam agama yang sesuai dengan perubahan zaman dan menuntut agar umatnya selalu maju dalam peradaban.

Islam juga merupakan satu agama yang amat menitikberatkan soal ilmu pengetahuan. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T merupakan satu arahan untuk membaca ruang lingkup ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencakupi pelbagai bidang dan sub bidang. Tidak terkecuali Ilmu yang berhubung erat dengan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam.

Tegasnya kegunaan ICT masih tertakhluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Apalagi pemanfatan semua itu salah satu alat untuk mendukung dakwah dan mengajarkan peradaban Islam dalam sistem P&P.


KESAN NEGATIF PENGGUNAAN ICT

Antara kesan negatif ICT ialah :

  • Pengaruh Budaya Asing – Oleh sebab ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara yang dimuatkan di dalam media tempatan, maka terdapatlah banyak unsur- unsur negatif yang menular masuk ke dalam budaya tempatan.
  • Menerapkan Amalan Kebendaan – Oleh sebab ICT digunakan sepenuhnya untuk menyokong kegiatan perdagangan, maka timbul pula keinginan pada pihak orang ramai untuk berbelanja bagi mendapatkan atau memiliki barangan yang mungkin tidak begitu diperlukan.
  • Menjejaskan Kesihatan – Tidak dapat dinafikan bahawa kegunaan ICT dapat menjejaskan kesihatan. Hal ini kerana terdapat ICT yang mengeluarkan radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan penyakit barah .
  • Salah Guna oleh Pihak Tertentu – ICT juga digunakan oleh pihak tertentu untuk menabur mesej palsu untuk mencapai hasrat mereka.

KESAN POSITIF PENGGUNAAN ICT

Antara kesan positif ICT ialah :

  • Memudahkan Komunikasi – Kemudahan ini dapat diukur dari segi kebolehan untuk berkomuniksai pada bila-bila masa.
  • Meluaskan Pandangan dan Pengetahuan - Seseorang itu boleh mendapat pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber, sama ada dari dalam atau luar negara.
  • Memudahkan Proses Pendidikan – Keupayaan media untuk menggerakkan deria-deria utama manusia menyebabkan proses pembelajaran itu berlaku dengan berkesan.
  • Membentuk Masyarakat yang Peka kepada Keadaan Semasa – Menyedarkan masyarakat terhadap isu-isu semasa seperti perpaduan, alam sekitar, golongan kurang bernasib baik, hak mereka sebagai pengguna, dan banyak lagi.