Sunday 12 February 2012

Komputer


Definisi
        Komputer adalah sebuah mesin elektronik untuk menerima  data (INPUT).
        Ia menyimpan data ini serta melaksanakan sebarang arahan mengenai data tersebut dan akhirnya, mengeluarkan keputusan  (OUTPUT)

Jenis-Jenis Komputer
  1. Super computer
  2. Main frame computer
  3. Mini komputer
  4. Mikro komputer


Kepentingan Komputer
 Pentadbiran
-dengan komputer, segala urusan pentadbiran sesebuah negara akan dapat diselesaikan  dengan cepat serta cekap.


Pendidikan
-digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.


 Alat Penyelidikan
-membantu dan memudahkan para penyelidik dalam menjalankan kerja  penganalisisan.


 Perniagaan
-memudahkan urusan usahawan merekod maklumat kewangan dalam komputer supaya lebih selamat dan terjamin.



Sejarah Perkembangan


Generasi 1 (1946-1957)
        Menggunakan tiub vakum untuk memproses & menyimpan maklumat. Saiznya seakan mentol lampu. Ianya perlu sentiasa diganti, memerlukan tenaga elektrik yg banyak & menghasilkan banyak haba.
        Hanya mampu menyelesaikan 1 masalah dlm 1 masa sahaja. Perlu ‘rewired’ dengan kabel untuk diprogram kembali.
        Cth: ENIAC (1946 ketika peperangan dunia ke-2), UNIVAC (1951,1952 untuk menganalisis undian pilihanraya U.S) 
      
Generasi 2 (1958-1963)
        Menggunakan transistor yang menggantikan tiub vakum
        Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum.
        Ianya lebih kecil,berkuasa, dan murah.
        Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah.
        Cth: Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. 


Generasi 3 (1964-1970)
        Penggunaan transistor diganti dengan integrated circuits (Ics)
        Integrated circuit menggabungkan beberapa ratus ribu transistor yang dipadatkan ke dalam kepingan cip silikon, menjadikan komputer generasi ini lebih kecil.
        Papan kekunci dan monitor mula diperkenalkan sebagai input dan output.
        Magnetic disk digunakan sebagai pusat penyimpanan maklumat.


Generasi 4 (1971 sehingga sekarang)
        Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan penyimpanan maklumat (memori komputer) dan ia lebih maju, memuatkan sehingga jutaan komponen transistor didalamnya.
        Membawa kepada penciptaan microprocessor.
        Pertumbuhan jaringan komputer, wireless technologies dan internet.
Cth: IBM PC yang asli dan Apple Macintosh.


Generasi 5
        Belum wujud, ramai berpendapat bahawa ianya masih dlm peringkat        permulaan.
        Mempunyai memori yang amat besar membolehkannya menyelesaikan   lebih banyak masalah yang kompleks.
        Mempunyai sifat luar biasa disebut sebagai "artificial intelligence”-  think, reason, learn.
        Mampu menerima arahan melalui suara.

Komputer Dalam Pendidikan Islam

  •  Islam tidak menghalang teknologi serta ciptaan baru.
  • Namun, ianya masih tertakluk pada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam.
  •  Dalam al-Quran sendiri sudah terkandung ilmu teknologi.
  • Islam menuntut supaya umatnya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan Allah.



No comments:

Post a Comment