Monday 13 February 2012

E-mel dan Aplikasinya



DEFINISI 

E-mel ialah singkatan kepada mel elektronik, ataupun mel computer. Selain itu, E-mel juga merupakan satu bentuk surat elektronik yang menggunakan pelbagai aplikasi  yang digunakan untuk menghantar, menyimpan, dan menerima mesej melalui system komunikasi elektronik. Surat berasaskan penggunaan system computer ini boleh dihantar atau diterima fail-fail yang mengandungi teks, grafik, animasi, audio, video dan sebagainya.

SEJARAH

E-mel direka terlebih dahulu sebelum kewujudan Internet, dan sebenarnya merupakan alat yang penting dalam penciptaan Internet. E-mel dimulakan pada tahun 1965 sebagai satu kaedah untuk ramai pengguna komputer kerangka utama berkongsi masa untuk berkomunikasi sesama sendiri. Sungguhpun sejarah tepatnya tidak jelas, namun antara sistem-sistem terawal yang memiliki kemudahan sebegini ialah Q32 oleh SDCdanCTSS oleh MIT. E-mel dengan begitu pantas berkembang menjadi e-mel rangkaian yang membolehkan pengguna mengirim mesej di antara komputer-komputer berlainan seawal-awalnya pada tahun 1966. Rangkaian komputer ARPANET memberi sumbangan besar kepada perkembangan e-mel. Terdapat satu laporan yang menandakan pemindahan e-mel antara sistem percubaan padanya tidak lama selepas penciptaanya pada tahun 1969. Ray Tomlinson memulakan penggunaan lambang @ untuk memisahkan nama pengguna dan nama mesin pada tahun 1971. ARPANET banyak meningkatkan populariti e-mel, maka e-mel menjadi aplikasi pembubuh bagi ARPANET.

KANDUNGAN E-MEL
- Mesej-mesej e-mel internet terdiri daripada dua bahagian utama:

1) Pengepala (header) = Distrukturkan kepada ruang-ruang seperti ringkasan, pengirim, penerima, dan maklumat lain mengenai e-mel. Pengepala mesej terdiri daripada ruangan-ruangan seperti yang berikut:

§  Dari: Alamat e-mel dan juga nama pengirim mesej
§  Ke: Alamat e-mel dan juga nama penerima mesej
§  Subjek: Ringkasan kandungan mesej (seperti tajuk)
§  Tarikh: Tarikh dan waktu tempatan mesej dikarang

 2)  Isi (body) = Mesej itu sendiri sebagai teks yang tidak berstruktur; kadang-kala disertakan ruang tandatangan pada penghujungnya
- Pengepala dipisahkan daripada isi dengan sebatang garis kosong.


BAGAIMANA MENGHANTAR MESEJ MELALUI E-MEL?

1Membuka program emel dan melancarkan tetingkap mesej baru dengan mengklik pada ikon yang sesuai.




2. Di dalam kotak KEPADA, taip nama penerima. Ia perlu ditulis seperti : comments@learnt.com. Pastikan alamat dimasukkan dengan betul atau mesej akan kembali kepada anda.



   
   3. Taip subjek e-mel



4. Tulis mesej anda dalam tetingkap mesej. Anda jugaboleh menyalin teks dari satu   
    program pemprosesan perkataan dan letakkan ke dalam tetingkap.



5. Klik ikon Hantar atau pilih Hantar daripada menu File dan memastikan ia dihantar.


DEFINISI E-MAIL ADDRESS / ALAMAT E-MEL

- Satu nama unik yang mengandungi nama pengguna e-mel dan satu nama domain (.com, .net, .edu, etc)


BAGAIMANA E-MEL ANDA MERENTASI RANGKAIAN KOMPUTER?




DEFINISI MALING LIST

1. Mailing list merupakan satu kumpulan e-mel berserta nama dan alamat e-mel.
2. Apabila mesej dihantar kepada mailing list, maka semua pihak yang berada dalam list tersebut menerimanya.



3. Jika anda ingin meletakkan e-mel anda ke dalam mailing list, pastikan anda subscribe atau melanggan program tersebut, dan jika anda ingin membuang e-mel daripada list, maka anda perlu unsubscribe atau berhentikan langganan.



KEPENTINGAN E-MAIL DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT.

1. Penyampaian maklumat tanpa batasan melalui aplikasi e-mail.
2. Perhubungan dan komunikasi sesame manusia menjadi lebih mudah.
3. Sebagai salah satu medium untuk aktiviti pemasaran.
4. Penyampaian maklumat dan data yang lebih teratur dan sistematik.



KEBAIKAN MENGGUNAKAN E-MEL
1. Sesuatu e-mel itu boleh dihantar serta-merta kerana semuanya dihujung jari dan maklum balas yang juga cepat.

2. E-mel juga boleh dihantar hanya dalam beberapa minit sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama.

3. Perkhidmatan e-mel juga satu perkhidmatan yang murah berbanding dengan telefon atau talian antarabangsa.

4. Boleh menghantar fail dalam kuantiti yang banyak.

5. menjimatkan bahan api dimana tidak perlu lagi menebang pokok untuk mendapatkan kertas bagi menyampaikan maklumat.


KEBURUKAN MENGGUNAKAN E-MEL

1. E-mel dikawal oleh server dan  ia mempunyai risiko yang tinggi untuk diceroboh (hack). Lalu, ia akan menjejaskan   sesuatu organisasi itu dimana maklumat sulit syarikat akan tersebar secara meluas.

2. Maklumat didalam inbox e-mel juga akan sarat kerana terlampau banyak e-mel yang tidak dibaca. Once you leave it, it will grow.

3. Berlaku pembaziran masa untuk memadam mesej dan untuk membalas e-mel tersebut.

4. Spam e-mel. Emel yang diragui kesahihannya akan banyak muncul di inbox kita. Contohnya seperti, penjualan produk, tawaran yang tidak munasabah yang bertujuan penipuan.

5. E-mel juga merupakan agen penyebaran cacing dan virus yang akan membahayakan PC kita.




PERBANDINGAN ANTARA E-MEL DAN SURAT BIASA

Surat Biasa
E-mel
Lambat proses dan memerlukan 3 hari untuk diproses 
Cepat diproses
Dikenakan bayaran untuk setem
Percuma
Kurang jaminan surat itu akan sampai ke destinasinya
Jaminan yang pasti bahawa e-mel itu akan sampai kepada penerima
Penggunaan bahan semula jadi (pokok)sebagai bahan utama.
Bersifat mesra alam.
Kurangnya privasi kerana mungkin ia akan dibaca oleh orang lain.
Bersifat privasi kerana untuk membaca e-mel memerlukan kata kunci (password)






No comments:

Post a Comment