Wednesday 25 January 2012

Internet





-Jaringan Internet-




Definisi
Internet ialah singkatan untuk “international network” . Ianya merupakan satu rangkaian bagi rangkaian komputer global yang menghubungkan berjuta-juta komputer di dunia.

Sejarah

1) Sekitar tahun 1960:

Internet bermula semasa perang dingin , satu rangkaian telah dicipta untuk menghubungkan semua computer tentera di sekitar Amerika Syarikat supaya jika tercetus serangan nuclear, peralatan tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin pertama berjaya disambungkan pada akhir tahun 1969. Dalam 15 tahun pertama selepas terciptanya rangkaian ini, tapak yang bersambung hanyalah tapak tentera dan akademik. Pelbagai rangkaian telah didirikan termasuk ARPAnet yang menyambungkan universiti. Universiti di Amerika Syarikat dan MILnet yang menyambungkan pangkalan tentera. ARPAnet yang merupakan salah satu bahagian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut menghasilkan kaedah pensuisan paket (packet swiching) bagi menghubungkan pelbagai jenis komputer.

2) 1970:

Rangkaian komputer pertama mengunakan teknik suis di Amerika Syarikat telah menghubungkan system komputer di University of California  di Los Angeles (UCSB), Stanford University dan University of Utah di Salt Lake City

3) 1972:

40 tapak rangkaian kecil dihubungkan kepada rangkaian ARPAnet. Ketika itu, rangkaian ini digunakan untuk menghantar  fail teks bersaiz kecil di antara pengguna. Kini ia lebih dikenali sebagai E-mail dan semakin popular digunakan. Pada awalnya piawai komunikasi asal dikenali sebagai Network Control Protocol (NCP). Setelah kajian dilakuakan, teknik yang lebih canggih, mempunyai piaai berkualiti itngi digunakan iaitu TCP/IP.TCP (Transmisson Transfer Protocol) di mana ia akan mngubah mesej kepada bentuk paket  ketika di sumber (pengantar) dan kemudiannya mengubah semula bentuk mesej di destinasi ( diterima oleh penerima mesej).


Tokoh Internet

  • ·         Timothy Berners Lee pencipta WWW (World Wide Web)
  • ·         Roy Tomlinson pencipta @ (at) pada alamat surat e-mail

·          
Kepentingan Internet
       

Kebaikan

  • ·         Menyokong media atau hypermedia
  • ·         Boleh berkomunikasi secara global
  • ·         Menggunakan capaian computer yang jauh
  • ·         Interaktif membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.


Keburukan

·         Maklumat yang diperoleh sukar dikenalpasti kesahihan dan ketepatannya
·         Kebocoran maklumat peribadi / rahsia
·         Membuka ruang kegiatan jenayah berleluasa. Ianya boleh mengancam individu dan Negara
·         Penggodaman mudah berlaku
·         Iklan yang tiada batasan mudah diperoleh seperti iklan pornorgrafi


Perkhidmatan Internet         

- Mel Elektronik
           -World Wide Web
     -Berita Usenet
       -Internet Relay Chat
  -Mendapatkan sebarang maklumat melalui enjin carian seperti Google,Internet Explorer,Mozilla Firefox dan banyak lagi.
-Alamat Internet
-Domain iaitu nama khas bagi sekumpulan komputer yang terdapat dalam internet:

Syarikat Perniagaan(.com)

 Kerajaan(.gov)


 Institut pendidikan(.edu)


Pembekal perkhidmatan internet(.net) 

Perkhidmatan dalam talian

ü  Membaca berita
ü  Menghantar e-mail
ü  Berkenanalan
ü  Hiburan
ü  Jual beli barang
ü  Perisian download percuma
ü  Mencari pekerjaan
ü  Pendidikan
ü  Kursusu secara on-line
ü  Kajian dan penyelidikan


Internet dalam pendidikan islam

Penciptaan internet seharusnya diberi tumpuan oleh para guru kerana ia boleh dimanfaatkan dalam  pembelajaran dan pengajaran serta menjadi medium perkongsian maklumat antara guru. Selain itu, ia juga dapat mendorong pelajar untuk meihat keindahan islam serta memahami islam dengan lebih mendalam. Islam tidak jumud, tidak melarang penggunakan internet mahupun teknologi bahkan sangat menggalakkan umat islam untuk mau dari segenap aspek tetapi cara dan matlamat haruslah berlandaskan syariat islam.

 Internet wajar dimanfaatkan oleh guru dan pelajar dalam mendalami bidang pendidikan islam. Kini banyak aplikasi atau software yang meringkas dan mudah untuk diingati. Visual serta video mengenai cara-cara untuk mengerjakan solat mahupun haji banyak terdapat di dalam internet. Pelajar cuma perlu rajin mencari.wallahu`alam.







No comments:

Post a Comment