Sunday, 12 February 2012

Komputer


Definisi
•        Komputer adalah sebuah mesin elektronik untuk menerima  data (INPUT).
•        Ia menyimpan data ini serta melaksanakan sebarang arahan mengenai data tersebut dan akhirnya, mengeluarkan keputusan  (OUTPUT)

Jenis-Jenis Komputer
  1. Super computer
  2. Main frame computer
  3. Mini komputer
  4. Mikro komputer


Kepentingan Komputer
 Pentadbiran
-dengan komputer, segala urusan pentadbiran sesebuah negara akan dapat diselesaikan  dengan cepat serta cekap.


Pendidikan
-digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.


 Alat Penyelidikan
-membantu dan memudahkan para penyelidik dalam menjalankan kerja  penganalisisan.


 Perniagaan
-memudahkan urusan usahawan merekod maklumat kewangan dalam komputer supaya lebih selamat dan terjamin.



Sejarah Perkembangan


Generasi 1 (1946-1957)
•        Menggunakan tiub vakum untuk memproses & menyimpan maklumat. Saiznya seakan mentol lampu. Ianya perlu sentiasa diganti, memerlukan tenaga elektrik yg banyak & menghasilkan banyak haba.
•        Hanya mampu menyelesaikan 1 masalah dlm 1 masa sahaja. Perlu ‘rewired’ dengan kabel untuk diprogram kembali.
•        Cth: ENIAC (1946 ketika peperangan dunia ke-2), UNIVAC (1951,1952 untuk menganalisis undian pilihanraya U.S) 
      
Generasi 2 (1958-1963)
•        Menggunakan transistor yang menggantikan tiub vakum
•        Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum.
•        Ianya lebih kecil,berkuasa, dan murah.
•        Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah.
•        Cth: Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. 


Generasi 3 (1964-1970)
•        Penggunaan transistor diganti dengan integrated circuits (Ics)
•        Integrated circuit menggabungkan beberapa ratus ribu transistor yang dipadatkan ke dalam kepingan cip silikon, menjadikan komputer generasi ini lebih kecil.
•        Papan kekunci dan monitor mula diperkenalkan sebagai input dan output.
•        Magnetic disk digunakan sebagai pusat penyimpanan maklumat.


Generasi 4 (1971 sehingga sekarang)
•        Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan penyimpanan maklumat (memori komputer) dan ia lebih maju, memuatkan sehingga jutaan komponen transistor didalamnya.
•        Membawa kepada penciptaan microprocessor.
•        Pertumbuhan jaringan komputer, wireless technologies dan internet.
Cth: IBM PC yang asli dan Apple Macintosh.


Generasi 5
•        Belum wujud, ramai berpendapat bahawa ianya masih dlm peringkat        permulaan.
•        Mempunyai memori yang amat besar membolehkannya menyelesaikan   lebih banyak masalah yang kompleks.
•        Mempunyai sifat luar biasa disebut sebagai "artificial intelligence”-  think, reason, learn.
•        Mampu menerima arahan melalui suara.

Komputer Dalam Pendidikan Islam

  •  Islam tidak menghalang teknologi serta ciptaan baru.
  • Namun, ianya masih tertakluk pada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam.
  •  Dalam al-Quran sendiri sudah terkandung ilmu teknologi.
  • Islam menuntut supaya umatnya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan Allah.



No comments:

Post a Comment